Salam pengenalan kepada semua pembaca blog ini.Terlebih dahulu ucapan jutaan terima kasih kepada semua pembaca yang sudi menjenguk blog ini yang agak simple dan kekurangan ini. Blog ini menyediakan bahan pelajaran asas FOREX. Diharapkan anda memperolehi info yang baik dari blog ini.

Sunday, August 16, 2009

TEKNIK FIBONACCI

Secara asasnya Fibo mula2 dicipta oleh seorang ahli matematik bernama Leonardo Fibonacci maka sistem pengiraan matematik ini dinamakan sempena nama beliau. Fibo ialah satu set pengiraan matematik yg berasaskan nisbah : 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89.. dan seterusnya.
Secara amnya pengiraan fibo ialah 1+1=2, 2+1=3, 3+2=5 dan seterusnya. Ok jika dibahagikan nombor yg berturut2, 55/89 = 0.618, dan jika dibahagi 2 nombor yg berselang, 21/55 = 0.382.
Tamat mengenai teori matematik, mengapakah fibo penting kpd market? jika setiap benda didunia ini dipengaruhi oleh fibo spt bangunan, pokok, piramid dsb, maka market juga terpengaruh oleh syarat2 fibo. Namun beberapa nombor sahaja yg dipraktikkan oleh trader;
Fibonacci Retracement Levels
0.236, 0.382, 0.500, 0.618, 0.764
Fibonacci Extension Levels
0, 0.382, 0.618, 1.000, 1.382, 1.618
Antara paras2 yg terpenting ialah 61.8%(0.618) dan 38.2%(0.382)

Penggunaan fibo lebih kepada support dan resistance. Yg mana trader akan menjangkakan diamanakah market akan berhenti, dimanakah market akan bertukar arah dsb.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "TEKNIK FIBONACCI"

Post a Comment